Tuduhan Rasuah Japlin_Akim

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Putrajaya menahan reman Japlin Akim selama tiga hari untuk membantu siasatan kes rasuah / politik wang . Japlin ditahan bersama seorang kontraktor tempatan, Limus Jury. Pada 11 April 2009 Japlin diikatjamin RM100,000 manakala Jury dibebaskan dengan ikatjamin RM300,000. Mereka berdua dibebaskan dari Balai Polis Karamusing di Karamunsing .Peguam mereka ialah David Tan dan Nobert Chin. SPRM cuba melanjutkan tahanan reman selama 4 hari tetapi ditolak oleh Majistret Herlina Muse.

Lembaga Disiplin UMNO mendapati beliau bersalah sebelum Perhimpunan Agung UMNO 2009 pada 26-28 Mac 2009.Keahliannya dalam Umno digantung selama tiga tahun.


Setakat ini Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengekalkan kedudukan Japlim Akim sebagai ADUN Usukan dan Timbalan Menteri Sabah.

Nizam Abu Bakar Titingan dan Faizal Ampong - turut dipanggil oleh SPRM untuk soal siasat. Mereka disiasat di Balai Polis Karamunsing.Nizam adalah timbalan ketua Pemuda Umno Sabah manakala Faizal pula merupakan bekas ketua Pemuda Batu Sapi.[1]